Isnin, Disember 12, 2011
SEKOLAH KU YANG NUN JAUH DI SANA
Inilah Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah yang terperosok di Pedalaman Sabah. Sekolahnya sangat besar, dibina pada tahun 1987. Masalah kami di sana adalah jarak perjalanan dan jalanraya yang masih 'gravel'. Bagaimana pun menjelang tahun 2013, jalanraya ke sana 'mungkin' akan siap sepenuhnya. Sekolah ini kekurangan 12 orang guru, terutama guru-guru Pra-U....Sesiapa yang berminat, bolehlah memohon ke sana. Saya dan SMK. Penangah sangat mengalu-alukannya. Pelajarnya sangat berdisiplin, masyarakatnya sangat membantu. Prasarana sekolah baik, telefon boleh diguna tetapi kena pergi ke Bukit Tombirog ( 3 minit jogging, 10 minit jalan kaki ). Sekolah terletak betul-betul di Ulu Sungai Kinabatangan ( Sungai terpanjang di Malaysia ), kawasan lembah, pemandangan yang cantik. Jom melawat ke sana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menarik cara cikgu Albert cerita sekolah cikgu hihihi.. mcm best plak ngajar situ :)
BalasPadamLawa pla smk penangah ni
BalasPadamlawa la Sekolah, walaupun di pedalaman..
BalasPadam