Khamis, Disember 08, 2011

LECTURE REVIEW

1. Membina Laman WEB - penggunaan perisian Macromedia.
- orang yang tiada pendedahan tentang IT seperti saya sangat sukar untuk mengaplikasinya. Bagaimana pun panduan yang diberi serta latihan yang dilakukan dalam kelas boleh membantu saya.
- Offline dan online.
- Perlu meminta bantuan guru IT saya untuk menyiapkan Laman Web ini nanti.
2. Membina Blog - banyak kelebihannya
- Seronok pula bila ada Blog sendiri. Kita boleh buat penambahan dan pengubahsuaian pada bila-bila masa.
3. Mail Merger - suatu aplikasi yang betul-betul baru saya belajar walaupun aplikasi ini  telah tersedia dalam perisian Ms Word. Sangat membantu untuk kerja-kerja perkeranian. Masih terkial-kial untuk membuat 2 penerima dalam 1 muka surat.
4. Photoshop - suatu perisian yang sangat menarik tetapi dalam situasi di sekolah, ia jarang digunakan. bagaimana pun, dengan perisian photoshop ini, gambar-gambar lama boleh diberikan "wajah baru".
5. Hot Potato - saya sangat teruja bila mula ditunjukkan dengan perisian ini. Selama ini saya hanya mendengar dari rakan-rakan, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Amat berguna untuk P & P yang menggunakan IT. Cuma saya agak terkilan kerana prasarana di sekolah tidak memungkinkan perisian ini boleh diaplikasikan dalam P & P sekolah. Kenapa ? Capaian internet amat lambat dan makmal komputer tiada.
6. Perisian Excel yang ditunjukkan sangat membantu dalam pengurusan Peperiksaan sekolah. Sebenarnya di sekolah, Kementerian telah membekalkan sistem pentaksiran peperiksaan yang setara di seluruh Malaysia. Digunakan oleh unit peperiksaan sekolah untuk urusan penghantaran data peperiksaan ke agensi yang berkaitan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Photostory - setakat ini saya telah berjaya membuat 2 'cerita' menggunakan perisian ini.
8. Cute PDF - akan digunakan untuk 'mengecilkan' saiz fail. Sangat berguna untuk urusan email bahan  Projek Akhir kepada penyelia.
9. Terima kasih kepada Pensyarah dan rakan- rakan yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam proses membiasakan diri dengan kemahiran IT.

1 ulasan:

  1. saya juga seronok dapat mencairkan otak yang beku dengan ilmu IT sejak masuk kelas.. biarpun ambil masa untuk faham dan dapat aplikasi,sekurang2nya semua ini mudah untuk digunakan dalam pengurusan dan pengajaran di sekolah kelak.... jom kita belajar IT bersungguh2..

    BalasPadam