Selasa, Disember 13, 2011

A must see motivational video

This video was very touchy and inspiring me to do the almost best in what ever i,ll  done. How about you? Is,t wrong to be a good person ? Why people always didn't believe the intention of others to become a good person? Why people still believing that the bad person will be bad ? Is it sinners to change from negative to positive? Think..think...think.

INTERGRATING TECHNOLOGY IN CLASSROOM

Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kelas pada masa kini perlu dilakukan dengan daya kreativiti yang tinggi. Ini adalah kerana pelajar sekarang lebih 'demanding' kerana ledakan teknologi maklumat yang begitu hebat. Sebagai pendidik, alasan ketiadaan prasarana seperti laluan internet bukan penghalang kepada usaha menggunakan teknologi maklumat dalam p & p kelas. Dalam video ini menjelaskan tentang pengintergrasian Teknologi Maklumat dengan kaedah tradisional untuk menjadikan P & P dalam kelas menjadi lebih menarik, membuka minda pelajar , lebih penumpuan dan mencapai objektif seperti dirancangkan.

Isnin, Disember 12, 2011

KERJA AMAL PENDIDIKAN MORAL 5 COMPAQ SMK. PENANGAH

KERJA AMAL 2 : PENDIDIKAN MORAL SPM
PELAJAR SERONOK, GEMBIRA DAN BERMOTIVASI.

SEKOLAH KU YANG NUN JAUH DI SANA



Inilah Sekolah Menengah Kebangsaan Penangah yang terperosok di Pedalaman Sabah. Sekolahnya sangat besar, dibina pada tahun 1987. Masalah kami di sana adalah jarak perjalanan dan jalanraya yang masih 'gravel'. Bagaimana pun menjelang tahun 2013, jalanraya ke sana 'mungkin' akan siap sepenuhnya. Sekolah ini kekurangan 12 orang guru, terutama guru-guru Pra-U....Sesiapa yang berminat, bolehlah memohon ke sana. Saya dan SMK. Penangah sangat mengalu-alukannya. Pelajarnya sangat berdisiplin, masyarakatnya sangat membantu. Prasarana sekolah baik, telefon boleh diguna tetapi kena pergi ke Bukit Tombirog ( 3 minit jogging, 10 minit jalan kaki ). Sekolah terletak betul-betul di Ulu Sungai Kinabatangan ( Sungai terpanjang di Malaysia ), kawasan lembah, pemandangan yang cantik. Jom melawat ke sana.

Khamis, Disember 08, 2011

LECTURE REVIEW

1. Membina Laman WEB - penggunaan perisian Macromedia.
- orang yang tiada pendedahan tentang IT seperti saya sangat sukar untuk mengaplikasinya. Bagaimana pun panduan yang diberi serta latihan yang dilakukan dalam kelas boleh membantu saya.
- Offline dan online.
- Perlu meminta bantuan guru IT saya untuk menyiapkan Laman Web ini nanti.
2. Membina Blog - banyak kelebihannya
- Seronok pula bila ada Blog sendiri. Kita boleh buat penambahan dan pengubahsuaian pada bila-bila masa.
3. Mail Merger - suatu aplikasi yang betul-betul baru saya belajar walaupun aplikasi ini  telah tersedia dalam perisian Ms Word. Sangat membantu untuk kerja-kerja perkeranian. Masih terkial-kial untuk membuat 2 penerima dalam 1 muka surat.
4. Photoshop - suatu perisian yang sangat menarik tetapi dalam situasi di sekolah, ia jarang digunakan. bagaimana pun, dengan perisian photoshop ini, gambar-gambar lama boleh diberikan "wajah baru".
5. Hot Potato - saya sangat teruja bila mula ditunjukkan dengan perisian ini. Selama ini saya hanya mendengar dari rakan-rakan, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Amat berguna untuk P & P yang menggunakan IT. Cuma saya agak terkilan kerana prasarana di sekolah tidak memungkinkan perisian ini boleh diaplikasikan dalam P & P sekolah. Kenapa ? Capaian internet amat lambat dan makmal komputer tiada.
6. Perisian Excel yang ditunjukkan sangat membantu dalam pengurusan Peperiksaan sekolah. Sebenarnya di sekolah, Kementerian telah membekalkan sistem pentaksiran peperiksaan yang setara di seluruh Malaysia. Digunakan oleh unit peperiksaan sekolah untuk urusan penghantaran data peperiksaan ke agensi yang berkaitan di Kementerian Pelajaran Malaysia.
7. Photostory - setakat ini saya telah berjaya membuat 2 'cerita' menggunakan perisian ini.
8. Cute PDF - akan digunakan untuk 'mengecilkan' saiz fail. Sangat berguna untuk urusan email bahan  Projek Akhir kepada penyelia.
9. Terima kasih kepada Pensyarah dan rakan- rakan yang sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam proses membiasakan diri dengan kemahiran IT.

Jumaat, November 25, 2011

DUNIA SEMAKIN MENAKUTKAN

RENUNG-RENUNGKAN

1. Suami "putar" isteri - Malaysia.
2. Kakak-kakak memotong leher adik - Arab Saudi.
3. Remaja perempuan sembunyi kekasih dalam almari - Malaysia.
4. Wanita mati disangka 'tertidur' dalam kereta - Malaysia
5. Mati kecewa ( meminum racun ) tidak dapat balik kampung - Malaysia.
6. Terjun bangunan kerana 'along' - Malaysia.
7. Suami meratapi mayat isteri ( digilis treler ) - Malaysia.

Nota :  Pada suatu hari saya disapa oleh seorang lelaki Cina.
Lelaki Cina : Cikgu cuba kamu tengok itu penutup lubang, penutup parit, kena curi looo.
Saya :  Apa masalah apek ?
Lelaki Cina : Kamulah masalahnya.
Saya :Bukan saya curi maa.
Lelaki Cina : Memang kamu tatak curi punya, itu budak-budak curi lo.
Saya : Apa masalahnya ?
Lelaki Cina : Kamu tatak pandai ajar loo.
Saya :  Terkedu...tak terkata apa-apa.

Moral di sebalik cerita :
a. Adakah lontaran tuduhan lelaki Cina itu betul ?
b. Kenapa semakin banyak kemungkaran berlaku ?
c. Marilah sama-sama memartabatkan Profesion Perguruan kita.

PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL MENGGUNAKAN CERITA KANAK-KANAK

PENGGUNAAN CERITA KANAK-KANAK SANGAT SESUAI DIGUNAKAN UNTUK KELAS LEMAH. Guru Sekolah Menengah boleh menggunakan CD yang dibekalkan di sekolah rendah sebagai bahan bantu mengajar. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk kelas menengah atas selaras dengan prinsip Kurikulum Merentas Kurikulum. Kaedah ini telah saya amalkan di SMK. Penangah dan kesannya amat menggalakkan.

JURNAL ICT DALAM PENDIDIKAN

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

Bahan yang boleh digunakan oleh para pendidik.
Mesra pengguna.
Sesuai untuk para pentadbir.
Boleh memberikan kefahaman yang jelas kepada para pendidik.

Isnin, November 21, 2011

BANJIR DI TENGAH BELANTARA

Banjir!Banjir! Banjir !

Keadaan ini menyebabkan kami terputus hubungan dengan dunia luar sehingga banjir surut.

Adakah ini akan menjadi nostalgia?

Jalanraya Tongod - Penangah dalam pembinaan.

BIAR BERKAKAI JANGAN TERKUBUR

Situasi yang akan dialami setiap kali hujan. Cabarannya amatmenarik dan memperkayakan pengalaman kami. Suatu yang indah,mengujakan, mencabar dan menakutkan.

Jom ke sana !

SMK. Penangah engkau tetap setia di hati.

"SMK. Penangah Cemerlang Menjelang Tahun 2014"

Ahad, November 20, 2011